Voting

Tuesday, October 23, 2012

kanser





Seperti yang dijanjikan pada entry yang lepas, cik akan bercerita tentang penyakit mama cik sya… kesakitan yang ditanggung mama slama 8 tahun akibat kanser payudara dan merebak ke sel – sel.. permulaanya pada 20.12.2006 apabila mama mula operate dan sehingga kini mama masih lagi menerima rawatan lanjut.. kimoterapi telah dibuat sebanyak 2 kali dan pemakanan ubat secara berterusan.. doa kami sekeluarga adalah mama sentiasa sihat.. yea, ramai yang tidak sangka, dengan keadaan mama yang aktif, bole berada pada tahap keempat.. tetapi ketabahan n kedegilan mama menjadi sumber inspirasi kami untuk meneruskan hidup.. mama sentiasa tabah namun kadangkala mama degil.. huhuhu.. kedegilan mama ialah kerisauan kami, yea, risau seorang anak… kalau orang lain risau anaknya degil, kami pula risau akan mama yang degil…  gagahnya mama ialah mampu berusaha untuk membersihkan kawasan tanah 3 ekar untuk tanaman getah, masih mencangkul dan membuat segala2nya.. kami risau tapi apakan daya, nak melawan tidak mampu, hanya mampu membebel sahaja.. hehehehe… selama mama sakit, mama tidak mahu orang lain yang jagakan tau.. yea! Cik sya adalah orang yang paling mama cari ketika sakit.. pernah masa di hospital dulu, walaupun manja dengan adik, mama tetap mahukan cik sya temankan dia.. kalau mengurut, teman ke rawatan kimoterapi dan rawatan susulan, memang cik sya yang akan dicari.. risau juga kalau cik sya dapat kerja berjauhan dengan mama, pasti mama keseorangan nanti… kasihan mama… namun, jika ada rezeki, cik sya gendong jea mama cik sya.. bawak jea pi mana2.. tapi tau jela org yg brusia ni.. tak tahan tinggal bjauhan ngan kampung tchenta.. hohoho..


p/s : doakan mama cepat sembuh yea u alls  J






Saturday, October 6, 2012

berakhir sudah





sudah cukup sudah

Macam tajuk lagu rite? Lagu sofazr ke apa ntah, lupa plak..
tapi bukan topic tajuk lagu yg cik sya nak kongsikan kat sini tapi tentang berakhirnya rawatan kimoterapi mama cik sya..
Sudah lebih 8 bulan cik sya ulang-alik ke HKL- Kuantan – HTAA…
dalam tempoh 8 bulan ni macam2 blaku.. huhu, mama cik sya menghidapi kanser payudara yang merebak ke sel – sel dalam tempoh 6 tahun..
 ( p/s : cik sya akan update details penyakit ni akan pada entry akan datang yea.. )
 maka, kami bersetuju untuk antar mak ke HKL untuk rawatan kimoterapi memandangkan hospital yang ada ini tidak banyak dapat membantu.
 Bukan bermaksud cik sya nak kutuk hospital yang ada tapi ada beberapa perkara yang cik sya tak suka tentang kerenah birokrasi dan staff hospital yang tidak langsung menyenangkan..
(p/s : yg ni pun cik sya akan poskan entry lain kalau ingat la… hahahaha )
 so dah berakhir la rawatan kimoterapi mama cik sya…
 now hanya tinggal follow up dan juga pemakanan ubat secara teratur…
 doakan mama cik sya cepat sembuh yea!!

Tata, selamat beramal J