Voting

Saturday, December 28, 2013

JARUM KE TUJUH .. 7 ..




CIK SYA SEMPAT MENGHANTAR MUMMY CIK SYA KE Hospital 2 minggu yang lepas untuk follow up, membuat segala bagai temujanji dan urusan lain supaya cik sya dapat pergi dengan tenang.. cik sya bermula dengan perjumpaan doctor, sekejap jea sampai turn, maybe sebab surat dari HKL mohon untuk berjumpa pakar, maka tak perlu tunggu lama, urusan dengan doctor yang berpangkat dato’ ni sangat la teratur, nama pun dato kan, dia listkan 1 persatu perkara yang perlu dilakukan, cik sya memang repect la dengan dia ** sambil tabik spring.. haha.. dato bagitau apa yang patut.. so kami pun follow up apa yang patut juga la..


Perkara pertama ialah ambik darah, mummy cik sya no 90, so sempat la cik sya pergi ambil ubat sambil tunggu turn, kebetulan masa tu mummy tengah puasa sebab kebiasaanya kena puasa bila ambil darah so area pukul 11 tunggu la turn ambil darah.. tiba time mummy cik sya, cik sya Cuma iring sehingga ke pintu luar, Nampak la jelas mummy cik sya duduk atas kerusi, ada 2 orang nurse dan 4 orang yang nak ambil darah, cik sya berdiri di luar sambil tengok2.. 3 dah keluar, mummy cik sya masih di dalam.. masuk lagi 3, keluar, masuk lagi 3 keluar… lama sangat hamper 1 jam dekat dalam, cik sya sempat la intai2, nampak nurse ke hulur ke hilir, last2 3 3 nurse duduk.. dan mummy cik sya masih di dalam, terdengar mummy cik sya kena marah terus cik sya masuk… senyap plak dah..  cik sya tunggu sampai la sister dipanggil masuk dan ambil darah, sempat nurse 2 marah mummy cik sya..


“” senyap pulak , tadi menjerit.. “


 Cik sya pandang mummy cik sya, pastu mummy cakap, “ misi ni cucuk tak sakit, yang 6 lagi cucuk sakit” what???? 6 ? 6? 6? Hello misi, misi cucuk 7 kali dapat 1 botol kecik jea darah???? Lepas tu marah pulak warga emas ni?? Apakejadahnya*&^%&$#.. terus la muka cik sya tak puas hati, jam pukul 127 petang, time lunch tapi mummy cik sya belum makan, 7 kesan suntikan.. mummy mengadu katanya sakit bila nurse tu cucuk2, tarik2 tak dapat darah.. buat pengetahuan semua, mummy cik sya tak kan mengadu kalau tak brapa sakit.. kalau masuk wad, dia siap request lagi nak doctor pelatih yang cucuk n check dia.. sebab dia nak doctor 2 buat experiment dan tau apa sakitnya.. tapi kali ni memang cik sya kepanasan la, merah2 muka sampai pembantu mummy tu senyap takut kena marah..


Dengan hati yang kepanasan, cik sya masih lagi bernada lemah lembut bertanya dengan nurse di kaunter..


“ selamat petang nurse, bole sya tau di mana nak hantar sample darah ni? ”
“ awak tak kan tak tau nak hantar dekat mana?”
erkkk??  Okies fine!
“ maaf la nurse, sya bru semalam keluar dari hutan, tak tau plak kat mana semua 2”



syukur la ada sister, trus cik sya Tanya sister dan jawapan sister siap tunjuk dengan tangan, dengan gayanya sekali.. yang kepanasan pun rasa tenang.. sister tunjuk macam cik sya dah sesat, mungkin sebab cik sya serabai + selekeh dah masa 2.. syukur, di saat cik sya kesusahan, ada yang sudi membantu.. terima kasih sister zahariah ^^. Ingat lagi nama dia.. hehe.. yang 7 kali cucuk? Sumpah dah tak ingat muka n namanya.. cik sya siap berdoa dalam hati 44x..


“ Tuhan berikannya ujian dan kesusahan kepada mereka supaya dia tahu bagaimana untuk menjadi orang susah  selepas ini“



Memang cik sya kepanasan seharian, tahap kekecewaan cik sya menebal 5 6 inci rasanya.. perlu ke kita marah kepada yang bertanya.. bukan kita Tanya satu soalan yang panas “ awak dah kawen?” tak pun, soalan yang ditanya juga berkaitan dengan kerja awak.. sangat kecewa.. ada juga sahabat marah, kenapa la tak marah jea nurse 2? Mak kita ajar, orang yang kasar harus diajar dengan lemah lembut sebab mungkin dia tak belajar semua 2.. moga mendapat hidayat yang sepatutnya,,






Azam tahun 2014






Cik sya sampai sahaja di negeri di bawah bayu, terus buat azam baru utk tahun depan.. Nampak x btapa semangatnya cik sya? Hahaha.. ini la yang membuatkan cik sya kagum dengan diri sendiri ** tetiba jea… kagum sebab buat keputusan yang pelik2.. =.= semalam lepas meeting, settle segala urusan cik sya jumpa ct kat bawah, bagi roti dan garam, kemudian cik sya cerita serba ringkas azam tahun baru 2014 dan dia memberi galakan dan sokongan sepenuhnya.. hoho ^^,


Azam tahun 2014 :
: Ingin mencari calon suami
 : Ingin berkahwin pada tahun 2014
: Dan membuat pertukaran / perpindahan balik



Motif : sebab tengok ida dapat tukar L hukhuk.. sob sobs sobs …  bila pk balik semula, memang serius la cik sya memikirkannya semalaman tak tido.. bagaimana nak cari seorang lelaki yang bole terima kekurangan kita? Menerima kita seadaanya? Ada? Time pakwe makwe ada la, bau kentut pun wangi kan kan kan? Haha, selalu orang cakap macam tu la..


tapi cik sya risau, risau mencari calon seorang suami.. huhu.. dan tak pernah pulak terfikir untuk berkahwin dalam jangka masa terdekat, tapi disebabkan cik sya balik sini, deras air mata mengalir sambil fikir nak pindah.. dan cara penyelesaiannya adala cik sya berdoa agar diberikan kekuatan… kalau 10 tahun tak kawen lagi, cik sya akan still di sini 10 tahun? Huhu.. nak bayangkan pun ngeri.. pelik sebenarnya.. tempat ini okay, tiada sebarang masalah, mungkin yang tak berapa okay adalah bila cik sya berjauhan dengan keluarga..



take noted! Cik sya anak manja.. huhu.. tak la manja tapi bila berjauhan, rasa kekok itu mesti ada.. L miss my family like crazyyyy..