Voting

Tuesday, March 3, 2015

:: SukaN daN 5A :: SPM 2014






Hehe, moral story : jangan melihat dari luaran tapi selami juga dalaman dan latar belakangnya

Alkisah bermula apabila 2 orang pelajar cik sya sibuk sepanjang semerter 1  dalam kepelbagaian jenis sukan dan permainan. Setakat hoki, bola sepak, ragbi, kadet bomba, sepak takraw, paintball dan lain – lain.. semuanya ada mereka berdua… sapu bersih semua aktiviti sukan. Jujurnya cik sya agak bimbang jika mereka lalai sedangkan spm tidak lama lagi..

Maka secara tak sengaja, memang cik sya mencabar agar mereka mendapat keputusan 5a dan keatas dengan ikatjanji wang tunai.. dan akhirnya tanggal 3 mac 2015.. mereka berdua Berjaya buktikan nilai spm dengan kepelbagaian kemahiran sukan.

Hehe.. yang lawaknya, teruja jumpa cik sya lepas dapat tahu result.. ingatkan dah lupa, rupanya masih ingat lagi.. hahahaha.. its okay my boys student.. cikgu tetap akan menunaikan janji tapi belum dapat tarikh yang betul2 comfirm lagi..
#busy training bola sepak & kawad kaki polis ( cik sya Cuma kawal jea.. xde pun training budak2.. haha)

Buat iman kurniawan & yusri budiman.. tahniah dan syabas ya! Cikgu doakan moga Berjaya dunia dan akhirat.. 


straight A??






“jangan kecewa sangat kalau result spm tak dapat straight a sebab nanti dah besar nak buat loan bank tak nak tengok pun sijil spm tu”


Jangan sedih bila result teruk? Bagi cik sya yang memang manusia biasa.. tak puas hati dengan apa yang diperkatakan.. okies, mungkin bukan straight “a” tapi sekurang – kurangnya sila berusaha sehingga dapat yea..

Cik sya tak pasti apa sebabnya tapi memang tak puas hati bila ada pelajar yang langsung tidak mengambil perhatian langsung. Langsung tak ambil berat terhadap spm.

Memang tak perlu pun untuk dapatkan straight a namun perlu sedar bahawa spm merupakan jambatan yang menghubungkan kehidupan seterusnya. Dengan spm, pelbagai bidang akan ditentukan dengan keputusan tersebut.

Serius, kadang2 rasa tekanan perasaan sangat2 bila student tak dengar apa kepentingan spm. Cakap la berbuih2 mulut, paling comel datang jumpa cikgu.. “aku gagal sejarah cikgu, apa la boleh aku mohon?”

Jawapan ringkas dan padat dari cik sya.. mohon maaf dengan cikgu sejarah kamu, minta dia doakan agar kamu boleh lulus ulangan nanti

Cik sya sangat malas nak buat huraian. Cukup la secara umumnya student ni pernah sakitkan hati guru sejarahnya. Kekadang banyak perkara yang kita tak sedar, ada yang tersakit hati dengan tutur kata kita tanpa disedari.

Jaga lah tutur kata dan sikap kamu apabila berhadapan dengan sesiapa pun yang lebih tua. ^^,


ayat kenangan




#HIDUP TAK SELALU INDAH
 TETAPI 
YANG INDAH TETAP HIDUP DALAM KENANGAN#


Ayat dekat atas ini merupakan ayat yang cik sya pegang sejak tingkatan 4 lagi. Diberikan oleh seorang sahabat lama yang telah terputus hubungan sejak dulu lagi membuatkan cik sya rasa logiknya kata – kata ini. Iya, hidup memang sentiasa mengalami kesusahan kesukaran dan sebagainya namun apabila kita mula mengorak keindahan hidup.. maka yang indah tetap akan diingati.

Tahniah dan syabas kepada semua pelajar STPM 2014 yang mendapat result cemerlang. Yang kecewa, jangan putus asa. Teruskan perjuangan sehingga anda Berjaya.

Tata.

p/s : eh? Selamat tahun baru 2015 dan selamat tahun baru cina… Gong Xi Fa Cai…
bulan mac baru update.. ini kali lahhh… hahaha :P