...::SEMANIS KURMA::...
Voting
Wednesday, September 7, 2016
Tuesday, March 3, 2015
:: SukaN daN 5A :: SPM 2014
Hehe, moral story : jangan melihat dari luaran tapi selami juga dalaman
dan latar belakangnya
Alkisah bermula apabila 2 orang pelajar cik sya sibuk sepanjang
semerter 1 dalam kepelbagaian jenis
sukan dan permainan. Setakat hoki, bola sepak, ragbi, kadet bomba, sepak takraw,
paintball dan lain – lain.. semuanya ada mereka berdua… sapu bersih semua
aktiviti sukan. Jujurnya cik sya agak bimbang jika mereka lalai sedangkan spm
tidak lama lagi..
Maka secara tak sengaja, memang cik sya mencabar agar mereka mendapat
keputusan 5a dan keatas dengan ikatjanji wang tunai.. dan akhirnya tanggal 3
mac 2015.. mereka berdua Berjaya buktikan nilai spm dengan kepelbagaian kemahiran
sukan.
Hehe.. yang lawaknya, teruja jumpa cik sya lepas dapat tahu result..
ingatkan dah lupa, rupanya masih ingat lagi.. hahahaha.. its okay my boys
student.. cikgu tetap akan menunaikan janji tapi belum dapat tarikh yang betul2
comfirm lagi..
#busy training bola sepak & kawad kaki polis ( cik sya Cuma kawal
jea.. xde pun training budak2.. haha)
Buat iman kurniawan & yusri budiman.. tahniah dan syabas ya! Cikgu
doakan moga Berjaya dunia dan akhirat..
straight A??
“jangan kecewa sangat kalau result spm tak dapat straight
a sebab nanti dah besar nak buat loan bank tak nak tengok pun sijil spm tu”
Jangan sedih bila result teruk? Bagi cik sya yang memang manusia
biasa.. tak puas hati dengan apa yang diperkatakan.. okies, mungkin bukan
straight “a” tapi sekurang – kurangnya sila berusaha sehingga dapat yea..
Cik sya tak pasti apa sebabnya tapi memang tak puas hati bila ada
pelajar yang langsung tidak mengambil perhatian langsung. Langsung tak ambil
berat terhadap spm.
Memang tak perlu pun untuk dapatkan straight a namun perlu sedar
bahawa spm merupakan jambatan yang menghubungkan kehidupan seterusnya. Dengan spm,
pelbagai bidang akan ditentukan dengan keputusan tersebut.
Serius, kadang2 rasa tekanan perasaan sangat2 bila student tak dengar
apa kepentingan spm. Cakap la berbuih2 mulut, paling comel datang jumpa cikgu..
“aku gagal sejarah cikgu, apa la boleh aku mohon?”
Jawapan ringkas dan padat dari cik sya.. mohon maaf dengan cikgu
sejarah kamu, minta dia doakan agar kamu boleh lulus ulangan nanti
Cik sya sangat malas nak buat huraian. Cukup la secara umumnya
student ni pernah sakitkan hati guru sejarahnya. Kekadang banyak perkara yang
kita tak sedar, ada yang tersakit hati dengan tutur kata kita tanpa disedari.
Jaga lah tutur kata dan sikap kamu apabila berhadapan dengan sesiapa
pun yang lebih tua. ^^,
ayat kenangan
#HIDUP TAK SELALU INDAH
TETAPI
YANG
INDAH TETAP HIDUP DALAM KENANGAN#
Ayat dekat atas ini merupakan ayat yang cik sya pegang sejak
tingkatan 4 lagi. Diberikan oleh seorang sahabat lama yang telah terputus
hubungan sejak dulu lagi membuatkan cik sya rasa logiknya kata – kata ini. Iya,
hidup memang sentiasa mengalami kesusahan kesukaran dan sebagainya namun
apabila kita mula mengorak keindahan hidup.. maka yang indah tetap akan
diingati.
Tahniah dan syabas kepada semua pelajar STPM 2014 yang mendapat
result cemerlang. Yang kecewa, jangan putus asa. Teruskan perjuangan sehingga
anda Berjaya.
Tata.
p/s : eh? Selamat tahun baru 2015 dan selamat tahun baru cina… Gong
Xi Fa Cai…
bulan mac baru update.. ini kali lahhh… hahaha :P
Monday, July 21, 2014
eh? tulisanku?
Kekok rasanya bila lama xmnulis.. hoho.. sebelum ni Cuma rasa nak tai
papa yg ada dalam diri jea.. apa yang seronok, share, apa yang tak seronok,
pendamkan dulu sampai rasa ok.. hurmm, dah setahun mrantau di negeri di bawah
bayu.. ada rasa apa? Sayang ? suka ? duka ? ataupun takda rasa apa2.. langsung
xde perasaan jooo kalau takde rasa rindu nak peluk PANJANG kat kampong 2..
hahaha.. rasa luar biasa pula bila berhadapan dengan situasi yang tak
dijangka.. manusia memilih kita kerana apa? Kekadang kalau bosan, nilai balik
apa yang kita buat.. eh? Macam 2 rupanya sikap kita ni.. tak pasti sama ada
sikap kita ni sebenarnya datang dari mana, dengan apa dan bagaimana rupanya..
hahaha… pernah ke u all bayangkan sikap ni mcm mana rupanya? Kikikiki.. cik sya
sendiri pun masih terfikir apa 2 sikap..??
sikap akan datang bila kita mula fikir yang mana terbaik tuk kita…
kita fikir apa yang boleh kita lakukan untuk sikap sedemikian.. kadang2 kita
tau sikap yang kita miliki 2 negatif tapi kita sendiri tak sedar.. arggghhhh…
hidup ni keperlbagaian ( kalau cikgu bm baca ni sah -100% imbuhan guwa) kadang2
kita rasa negative tapi sebenarnya org lain tgk positif jea.. jangan terlalu
fikir negative tau..
Subscribe to:
Posts (Atom)