Voting

Monday, November 5, 2012

Kisah seorang guru






Kisah seorang guru



Permulaan cerita apabila seorg jurutera muda yang pandai lagi bijaksana meluahkan perasaan tidak puas hati kepada jawatan seorang “ guru” . kesian bila fikirkan semula keadaan dia yang dihentam akibat menulis tak berlapik.. adik, akak ajar cam ni.. tulis besar2 kat ruangan bawah tu, ni adalah kisah benar dan tidak ada kaitan dengan yang telah mati atau hidup semula, kisah ini hanyalah teladan dan menjadi pengajaran kepada semua.. ia adalah pengalaman saya. Sekian..

Hahaha, hambik nak.. lau cakap macam 2, xde la semua orang yang bergelar pendidik ni terasa kan.. cik sya juga membaca entry tersebut sebelum dipadamkan atas keselamatan jurutera muda tersebut.. agak kasihan apabila kena hentam dek bakal guru, guru, pendidik dan anak2 guru.. serta mereka yang merasakan bahawa guru ialah perkerjaan yang mulia..
Tapi ingin cik sya ingatkan.. tak semua rasa guru ialah perkerjaan mulia, guru ialah yang terbaik dan guru ialah segala2nya.. masing2 ada pandangan hidup masing2.. tertanya2 jugak, mesti ada sebab lain mengapa jurutera muda tersebut berkata demikian kan? Lalu terdapat beberapa perkara yang cik sya dapat di sekolah….


1)       1)    Pertama ( padahal dah taip 1, nak yang yang pertama.. haha)
:: guru bukak tusiyen kat luar tapi tak mengajar kat sekolah. Cik sya sendiri pernah alami, memang diakui oleh cik sya, masa sek rendah dlu ( sparuh kerajaan ), cik sya tak mampu ke kelas tuisyen, soalan exam biasanya dibuat oleh guru tusiyen. Maka? Siapa yang pergi tuisyen maka dapat la jawab soalan exam

p/s : mujur UPSR bukan guru tuisyen yang buat maka cik sya dapat ranking top 5 okay!! ( ranking biasa ialah 20/30 ke atas, biasanya 21, 22, 23, 24 dan lain2.. ) ! Bukan nak riak tapi spai mati pun cik sya akan ingat kata2 seorg guru ni “ yg kelima ni mujur jea cemerlang, xde dalam senarai pun, semua ckgu tkejut” heh! Mujur bukan bapak aku yg bina sekolah 2, lau x, memang kasi roboh jea kuartes umah ckgu ni… bhahaha…


2     2 )      Anak ckgu jd pengawas, jawatan tinggi semua bagi “anak” cikgu..
:: harus diakui, selalunya memang anak cikgu yang jadik pengawas tapi……… cik sya bukan anak cikgu, jadik gak pengawas, bukan anak cikgu, jugak terpilih untuk ke sana sini spai la peringkat tinggi2 gak.. hahaha, cian plak anak cikgu, diorang tak salah, bukan mereka pinta tuk jadik pengawas tapi ada yang melihat kebolehan mereka.. J


3    3)      Anak cikgu dapat SBPT tapi anak pegawai rendah yang gaji 2000 xde plak? Kena beli…
:: hem, yang ni cik sya kena la masa tingkat 1 sampai 3 dlu, tapi tingkatan 4 n 5 rasanya wat rayuan kot, lupa dah.. hahaha.. nak seribu daya, kalau nak SBT, sila buat rayuan, pasti diterima punya la, cik sya dlu copy paste jea yang kawan2 punya.. korang sesuka aty jea kata anak ckgu dapat padahal mak dia dah buat surat rayuan kat guru SBPT tanpa korg tau kan kan kan??



Sekian buat waktu ini, kita berjumpa pada entry akan datang dengan tajuk lain plak J
Mana tau kot2 tajuk anak jurutera, anak doctor, anak chef, anak tekak, anak cik sya.. eh? Hahaha…






Tuesday, October 23, 2012

kanser





Seperti yang dijanjikan pada entry yang lepas, cik akan bercerita tentang penyakit mama cik sya… kesakitan yang ditanggung mama slama 8 tahun akibat kanser payudara dan merebak ke sel – sel.. permulaanya pada 20.12.2006 apabila mama mula operate dan sehingga kini mama masih lagi menerima rawatan lanjut.. kimoterapi telah dibuat sebanyak 2 kali dan pemakanan ubat secara berterusan.. doa kami sekeluarga adalah mama sentiasa sihat.. yea, ramai yang tidak sangka, dengan keadaan mama yang aktif, bole berada pada tahap keempat.. tetapi ketabahan n kedegilan mama menjadi sumber inspirasi kami untuk meneruskan hidup.. mama sentiasa tabah namun kadangkala mama degil.. huhuhu.. kedegilan mama ialah kerisauan kami, yea, risau seorang anak… kalau orang lain risau anaknya degil, kami pula risau akan mama yang degil…  gagahnya mama ialah mampu berusaha untuk membersihkan kawasan tanah 3 ekar untuk tanaman getah, masih mencangkul dan membuat segala2nya.. kami risau tapi apakan daya, nak melawan tidak mampu, hanya mampu membebel sahaja.. hehehehe… selama mama sakit, mama tidak mahu orang lain yang jagakan tau.. yea! Cik sya adalah orang yang paling mama cari ketika sakit.. pernah masa di hospital dulu, walaupun manja dengan adik, mama tetap mahukan cik sya temankan dia.. kalau mengurut, teman ke rawatan kimoterapi dan rawatan susulan, memang cik sya yang akan dicari.. risau juga kalau cik sya dapat kerja berjauhan dengan mama, pasti mama keseorangan nanti… kasihan mama… namun, jika ada rezeki, cik sya gendong jea mama cik sya.. bawak jea pi mana2.. tapi tau jela org yg brusia ni.. tak tahan tinggal bjauhan ngan kampung tchenta.. hohoho..


p/s : doakan mama cepat sembuh yea u alls  J






Saturday, October 6, 2012

berakhir sudah





sudah cukup sudah

Macam tajuk lagu rite? Lagu sofazr ke apa ntah, lupa plak..
tapi bukan topic tajuk lagu yg cik sya nak kongsikan kat sini tapi tentang berakhirnya rawatan kimoterapi mama cik sya..
Sudah lebih 8 bulan cik sya ulang-alik ke HKL- Kuantan – HTAA…
dalam tempoh 8 bulan ni macam2 blaku.. huhu, mama cik sya menghidapi kanser payudara yang merebak ke sel – sel dalam tempoh 6 tahun..
 ( p/s : cik sya akan update details penyakit ni akan pada entry akan datang yea.. )
 maka, kami bersetuju untuk antar mak ke HKL untuk rawatan kimoterapi memandangkan hospital yang ada ini tidak banyak dapat membantu.
 Bukan bermaksud cik sya nak kutuk hospital yang ada tapi ada beberapa perkara yang cik sya tak suka tentang kerenah birokrasi dan staff hospital yang tidak langsung menyenangkan..
(p/s : yg ni pun cik sya akan poskan entry lain kalau ingat la… hahahaha )
 so dah berakhir la rawatan kimoterapi mama cik sya…
 now hanya tinggal follow up dan juga pemakanan ubat secara teratur…
 doakan mama cik sya cepat sembuh yea!!

Tata, selamat beramal J



Friday, September 28, 2012

status ismp






Malam ini status ISMP ada berbau kecewa, sedih, bengang, dan tak kurang ada yang berfikiran positif.. ^^, dan saya? yea, ada sedikit kekecewaan yang diselubungi tetapi yang lebihnya bengang.. ceritanya dulu adalah muka surat depan lagi, khabar berita harian tapi kenapa la tak disentuh 1 perkataan pun? buat orang yang berharapan ni terus down!! keciwa... keciwa.... aduis.. kenapa la semua perkara terjadi macam ni? Dan cik sya terus stress… Yea, jujurnya ini kali pertama cik sya mendengar bajet 2013 sehingga tertidur… sebelum ni memang tak pernah dengar bajet.. dalam hati dah berbunga2 harapan supaya bulan 12 diadakan interview dan bulan 1 akan ada pengambilan guru.. memang cik sya berharap sangat untuk dapatkan perkerjaan ini.. dengan harapan cik sya tak perlu susahkan family cik sya lagi.. malang seribu kali bengang, tidak disentuh langsung isu tentang pengganguran guru guru berijazah pendidikan… cik sya tak tau la apa masalahnya, nak kata xde duit, berbillion2 duit dberikan dalam bajet… apakah kami graduan pendidikan tidak penting untuk kepentingan negara? Atau kami mengambil bidang pendidikan yang salah? Atau memang tidak ada lagi pengambilan guru ? Atau pun pengurusan dari kementerian berkaitan memandang perkara ini sebagai remeh temeh? Atau? Atau? Atau? Atau?  Kecian kata tau, classmate cik sya, mesti dia ngah tersedak2 skang ni asyik sebut nama dia jea.. kikikiki… apa apa pun cik sya berdoa sangat2 supaya diberikan jalan yang mudah untuk meneruskan hidup tanpa gaji n perkerjaan skang.. hukhukhuk..

p/s : doakan cik sya dapat kerja yea.. skang ngah pk2 untuk cari keja.. da sesapa nak bg peluang perkerjaan? Silakan… ;)








Tuesday, September 25, 2012

7 bulan yang belum berakhir






….. 7 bulan yang belum berakhir …

Yea, dah 7 bulan usia kandungan cik sya skang, eh? Silap, dah 7 bulan cik sya bergelar penganggur, selama itu jugalah cik sya mengandungkan lemak2 dan kalori dalam badan sehingga tak terkira jumlahnya…
hukhukhuk T_T
 sedih memikirkan semula zaman silam kanak2 rebina cik sya yg slim vogue 2.. cishhh!! Slim sangat konon… tetap cam anak gajah gak.. huh!
Selama 7 bulan ni, duk kat umah buang tebiaat, selepas masuk F.1, (bukan formula 1 tau tapi form 1) cik sya jarang melekat kat umah sebab tuntutan hostel..
kehkehkeh, sebab tu la bila stay kat umah 7 bulan ni macam 7 hari jea.. xrasa sangat pun.. tapi bila mengenangkan lemak kat pipi ni..
hurmmmm
 bila la nak pegang duit sndiri ni, nak pi slim world, nak pi mayfair, nak pi newyork skin, nak tanya camne nak kurus tanpa perlukan wang.. kehkehkeh…
Suke bebenor kamu mengarut yea cik sya… ishk3… 




Monday, September 24, 2012

bertukar!!!!


Tetiba arini bila tgk blog org lain yg dh update..
 gatal plak nak update blog sendiri..
( ko memang xleh Nampak org senang cket kan hati… huh! )
 tapi bla nak online blog jea.. password dh lupa, punya banyak kali tekan tapi xmjadi…
betul kata seorg bekas anak murid cik sya masa praktikal..
org yg lanjut usia memang muda pelupa…
cish, budak2 mana ko tau.. bhahahahaha…
serius, skang bru umur 24 bukannya 42 pun dh kerap kali lupa..
 haiaya amoi.. apa mao jadi?
 Ishk3…

Monday, March 5, 2012

kenangan sepanjang zaman






Kenangan sepanjang zaman

1) Pertama kali waktu semester pertama, cik sya dihalau keluar oleh pensyarah

Owh! Masa tu dunia rasa gelap gila.. hahaha.. memang rasa cam nak cium2 jea lect kesayangan cik sya yang time 2 bujang lagi.. hahaha…. Memang frust giler la tapi xleh watpa dah.. kecuaian cik sya sebab tak buat teks ^_^ padan muka cik sya!!

2) Pernah tak u all jalan kaki dari sebuah negeri melintas sebuah negeri lain? Cik sya pernah!! ( berbangga saat itu >.< )

Time tu latihan kawad bomba ngan kawan cik sya, cik kiah.. disebabkan kesengalan cik sya bangun lambat dan kebetulan pulak bas nak ke kampus xde maka kami berdua ambik keputusan tuk excersice.. jalan kaki… hahaha.. patut pun cik sya kurus sangat2 masa tu.. okay, masa tu jea.. skang dah naik berpuluh2 kilo.. L arggghhhh~~~ tension memikirkan berat yang semakin berat dan tak turun2 ni… =.= Kecewa! Kecewa!

3) Berjalan kaki sepanjang negeri Melaka akibat kereta rosak n balik kul 4 pagi ke tanjung malim

Ni kisah lawak tak abis bila kenangkan kembali.. tapi memang bersyukur sangat2 sebab ada kawan cam mereka, aini, atun dan min.. mereka2 ni la yg banyak wat lawak sepanjang 2 hari 1 malam kat sana.. kereta rosak? Kami jalan kaki beb.. pengalaman berharga.. ko ada? Hohoho… ^.^ sebab kat sana, rasa cam relax jea.. tak perlu fikir macam2.. Cuma siapkan kerja kemudian jejalan jea sepanjang jalan Melaka… berpeluh2 tak usah cakap.. bermandi peluh… Melaka bandarnya panas.. tapi makananya sumpah! Sedap giler2.. dah 4x bkunjung ke sana… cendol, ais kacang, nasi bebola, dim sum, event air botol kat sana pun special… ^_^ ( bak kata akak cik sya : “ bab makan? Sila serahkan pada yg mahir.. sambil tangan tunjuk cik sya comel =.= ”)

4) KFC? Hanya makanan waktu tengah malam jea..

Terjadi last semester!! Memang tahap gaban kegemukan cik sya.. bermula dengan kerja yg bertimbun2 dan diakhiri dengan final year projek yg asyik direject maka sentiasa terjaga2 sampai tengah malam.. cik sya “ terpaksa ” makan KFC untuk lepas tension, lepaskan diri dari perut yg lapar dan bagai2 lagi… mentang2 la KFC tanjung malim bukak 24 hours.. hahaha…

5) Menangis akibat assignment “ seni rupa” tragis bila imbas kembali =.=

Sem 4!! Pasti! Yakin! Boleh! Ni time mula2 nak add.. add ngan may dan purni… semangat giler time ni.. konon2nya utk menjadikan kami ni ahli makeup professional.. memang berjaya.. hahaha.. berjaya makeup muka papan lukis… =.= waktu orientasi dlu agaknya aku ni tidur kot.. hahaha.. huh! Dari kecik boleh lukis badan org lidi jea.. cik sya pandai bedah katak jea.. erkk~~ katak!!





p/s : sungguh taktipu =.= sya amat merindui zaman persekolaha sya.. juga zaman ketika sya di universiti… owh! Welcome back to school cik sya!!!