Voting

Friday, November 15, 2013

cuti sekolah




Musim cuti sekolah telah pun bermula dan seperti biasa cik sya masih disini.. membilang hari, mengira hari untuk pulang kembali ke kampung halaman...masih meniti hari2 bahagia di sini... xdapat nak pastikan kebahagian cik sya membilang hari sambil melihat orang lain mengemas barang, mengangkut serta menghantar mereka2 airport.. perasaan gembira ke masa antar tu? Hahaha..


Dan pagi ni, walaupun cuti, cik sya bangun tetap pukul 5 pagi... huraaagghhhhh.. mengantuk tapi disebabkan stiap pagi terjaga pukul 5 maka cuti pun tetap bangun pukul 5.. nasib badanku la 2.. dan akan kembali ke sekolah isnin ini tuk siapkan apa yg patut.. kami masih bekerja.. haha



Tuesday, November 5, 2013

hadiah hari jadi




Hadiah hari jadi



Dah hampir 2 minggu hari jadi cik sya sbenarnya tapi akibat kesuntukan masa bergelar seorang pelajar ** propa lebih =.= maka banyak masa cik sya berada di sekolah, mentelaah pelajaran di samping membuat eksperimen bagaimana burung bole terbang tinggi dari rama- rama.. haha.. tiada kaitan pun tapi nak gak taip bagi panjang2.. biar jenuhh nak baca..

cik sya pertama kali berjauhan, hmpir 4 bulan tidak pulang ke kampung dan ini kali pertama menyambut hari jadi secara sendirian, bukan dengan keluarga.. maka, cik sya harus bsyukur kerana ada kawan2 yang disekeliling cik sya, hadiahkan kek dan belanja maka.. akhirnya 1 slice kek tpaksa dmasukkan ke dalam tong sampah akibat ketiadaan manusia memakannya.. semuanya dsebabkan cik sya tlalu sayangkan sekolah.. pergi sekolah kul 6 dan pulang smula kul 6.. lembi kepala lutut.. lepas 2 bru cik sya sedar.. hidup ini indah kalau kita yg warnakannya.. cik sya tak rasa stress di sekolah sebab cik sya letakkan diri betul2 dengan apa yg cik sya ada skang...

syukur keluarga banyak bg support dekat cik sya.. dapat la cik sya harungi hari hari indah di sini.. hadiah paling indah buat cik sya? Paling indah di usia ** ini, cik sya mampu membawa kereta jenis manual dan auto.. huhu.. terselit perasaan bangga yg amat bila pdai bawak kreta auto.. dan sterusnya rasa xmao bawak kreta manual dah pasni.. hihi

Bru la cik sya tau.. kita tak kan tau selagi kita xmcuba.. cuba la sesuatu yg berbeza dari apa yg kita tau.. bru la kita rasa puas hati dan rasa yakin dengan apa yg kita lakukan.. mula2 memang xyakin tapi bila kita dapat sesuaikan diri.. pasti boleh!



See u again J



Monday, September 30, 2013

... jiwa kacau ...














Tepat 3bulan cik sya berada di bumi di bawah bayu.. buat pertama kalinya cik sya menangis.. yup! Menangis.. sebelum ni tak pernah cik sya menangis.. dah besar kan? Watpe la nak menangis cam kat kolej dlu.. ckit2 jea nangis.. skang bila bjauhan memang tak menangis.. Cuma harini rasa sangat sedih sebab someone special di jiwa cik sya pun turut menangis.. Cuma bezanya cik sya menangis selepas letak telefon dan someone special menangis masa cik sya call.. puas sangat2 cik sya cover diri supaya tak menangis.. dan bila letak jea fon, trus cik sya menangis puas2.. sobs sobs sobs.... syukur sangat sebab takde roommate lam bilik, lau x, memang sah la kan memalukan diri sendiri.. huhuhu..


Susah sebenarnya kita nak kawal perasaan bila berhadapan dengan orang yang paling kita sayang kan? Tambahan pula berjauhan dan mempunya masalah pada masa yang sama.. perasaan down sangat2 masa 2 pun ada tapi apakan daya, cik sya harus teruskan tugas di bumi ini sehingga sampai pada waktunya.. cik sya Cuma boleh berharap agar beliau akan terus dikuatkan semangat, dikirimkan oleh Tuhan kekuatan untuk menerima segala sesuatu percobaan dan meneruskan hidup dengan lebih bermakna lagi..


Ini juga kali pertama cik sya buat tindakan drastic.. hihi.. tetiba rasa macam orang penting jea bila ada yang mencari .. baru la cik sya tau apa erti hubungan kekeluargaan yang erat dan kukuh.. sebelum ni tau, kekeluargaan adalah tempatt kita mintak duit.. kehkehkeh~~ sangat melampua statement tersebut...



pape pun tolong doakan someone special berada dalam kesihatan yang paling baik yea J






I miss u so much dad! Proud to be your daughter ^^,


















Sunday, September 8, 2013

.... Kisah kawen ....


Kisah kawen

Cik sya ada kawan serumah yang mana dua orang sudah berumah tangga dan menjalinkan rumah tangga jarak jauh. ( bole faham tak?) haha! Rumah tangga jarak jauh bermaksud mereka berjauhan dengan suami masing2.. hehe.. lebih kurang macam 2 la yea.. so far housemate cik sya sangat2 baik.. bersyukur krana dpertemukan kepada mereka – mereka. Dan topic mereka ialah baby memandangkan kedua-duanya masih belum mempunyai cahaya mata.
Dan cik sya? Okies, =,= sudah pasti topic utama ialah kawen! Kawen! Dan kawen! Di usia cik sya sebegini muda, pastinya isu tersebut menjadi bualan hangat la kan... selalu cik sya cakap dekat sesiapa yang bertanyakan soalan ini tanpa jemu... “ masih menanti jodoh sampai” huhu, ayat macam kesian jea kan..
tapi cik sya hanya berani cerita dekat housemate n rakan cik sya tentang isu kawen ni.. bukan cik sya tak nak kawen, nak memang nak, Cuma jodoh belum sampai, belum ketemu jodoh dan pasangan serta bla bla bla.. sebenarnya cik sya takut tuk bertemu pasangan.. baru sebulan couple, orang akan Tanya

: bila bertunang?

Kemudian soalan selepas bertunang
: bila nak kawen?

Kemudian soalan selepas berkawen
: bila nak ada anak?

Kemudian kuar plak soalan selepas anak pertama
: bila nak tambah anak?

Haaaaaa... see? Banyak kan soalan2 seperti ni.. cik sya pun pelik.. apa kejadahnya Tanya soalan pening2 ni.. adoiiiihai... ni la manusia, xkan berpuas hati dengan 1 jawapan jea kan? Lau ada soalan objektof lagi senang tau.. bulatkan jawapan yang betul, lau takde jawapan yang pasti, kita pun tulis jela, tiada yang berkenaan di atas. Senang kan?




Hidup nak senang begini la, xnak menjawab soalan yang pastinya tiada jawapan. Kalau sudah tertulis itu jodoh kita, trima seadanya dan aminnnnn ^.^





Saturday, September 7, 2013

... WeeKenD ...






Ingat lagi janji cik sya entry yang lepas?



Tentang hari kemerdekaan 31 ogos yang lepas?


Haaaa.. janjinya nak crita sesuatu yang menarik tapi sebenarnya dah jadi xmnarik..
Hahahahaha~~ kalah bowling okies! 2 round main, 2 2  kalah.. hebat la ida main bowling.. dlu2 cik sya main ngan kekawan or family xde la truk mcm ni.. balik sila bguru dengan abang disebabkan dia ada bola bowling sendiri bbanding cik sya ada stoking bowling jea.. =.= sadis jer bunyinya..


Okies, selain kalah bowling, cik sya juga sempat pi tengok jom heboh heboh dekat sini.. sangat la sempat.. semua gerai dah tutup dengan seadanya dan cik sya terpacak depan 2.. hahaha.. aduihai la.. last minit pergi kan so last minit gak la bertembung dengan penyanyi black dari kejauhan ( cik sya bukan kenal pun, dengar suara mcm dia) hahaha~~


Hahahaha, so apa yang cik sya buat? Weekend harus enjoy! Be happy with holiday! Sebab cik sya stiap minggu perlukan hai sabtu dank e sekolah dengan rajin dan penuh ketekunan.. hello, sapa cakap kerja cikgu senang? Meh sini duk stay ngan cik sya smggu jea.. tgk jea dlu apa cik sya buat kat sek, pastu sbulan wat keja mcm cik sya, bru la anda semua tau apa tugas seorang guru.. mendidik, mengajar, berkongsi masalah, memberi kasih sayang, perhatian..  tak kurang juga cik sya memberi rawatan kepada yang memerlukan.. hahaha



Next week sekolah okies, padahal arini pun sekolah gak.. haha







Tata~~

Friday, August 30, 2013

......... Salam kemerdekaan .....








Selamat menyambut hati kemerdekaan buat seluruh warganegara Malaysia serta mereka yang bukan bergelar warganegara tetapi mencintai keamanan yang dimiliki olah Malaysia.. haaaa... apakan yang akan berlaku pada 31 Ogos 2013? Cik sya akan update’s bila free nanti yea.. wat masa ni cik sya Cuma nak bercerita tentang anak murid cik sya di sekolah.. muahahaha

Minggu lepas, cik sya ke library, kebetulan ada menjaga budak2 nilam kelas from 3, biasa la, guru yang cemerlang akan dating awal kan.. hekhek~~, so cik sya pun stay jela kat meja depan sambil baca paper.. datang la seorang pelajar from 6 dekat cik sya ( sebab uniform dia lain dari student aliran perdana ) dan terus bertanya :



:: Akak ke yang jaga library arini? Sya nak pinjam buku ni..
:: Owh? Sya? Bukan2, akak yang jaga library yang 2 ( sambil tangan tunjuk dekat kaunter pinjaman buku) sya Cuma makcik kantin kat bawah jea..






Sambil muka blur, student 2 pun pi la kat akak library 2.. haha~~ dalam hati nak ketawa pun ada, nak marah kang mmg xpatut pun sebab student ni bukan di bawah jagaan cikgu biasa2, mereka ada jadual dan guru tersendiri.. tetiba arini dapat jadi akak library n makcik kantin..









Wednesday, August 21, 2013

... sesunggut ..





Sejak bergelak pendidik ni, cik sya rasa sedikit lapang walaupun dalam hati pening kepala memikirkan bebanan hutang yang bertambah.. sapa yang cakap keja cikgu senang tu meh la sini jumpa cik sya.. cik sya offer wat sesi kaunseling jea.. xyah wat program2 lagi sebab cik sya bru handle bab sesi kaunseling sahaja... tapi syukur la, pertama kali cik sya dipostingkan, tiada apa pun istimewa tapi sekurangnya2 cik sya bersyukur dengan apa yang ada sekarang.. mudah mudahan ini adalah permulaan dan pengakhiran yang baik tuk cik sya tempuhi..


Baru2 ni, cik sya terjumpa suatu komen dari rakan cik sya yang bertulis :



Betapa btuahnye mereka2 semua tetapi kenapa mreka selalu bersungut..huhu..tidak bersyukurkah mereka..??? Huh..kalau dari ini dtempat mereka2..diri ini akan diam je..kerana di beri kesempatan n kesempurnaan demikian rupa..



Mungkin kerana tidak berpuas hati dengan rakan2 lain yang merungut sentiasa dengan pekerjaan dan kehidupan maka timbul la komen2 begini.. dulu cik sya pun slalu rasa macam 2.. tak baiknya merungut.. orang lain pun akan lalui perkara yang sama.. tapi lama kelamaan, cik sya belajar tentang sesuatu.. manusia dilahirkan berbeza.. mungkin dengan luahan perasaan tersebut, dia akan mendapat lebih banyak sokongan dan semangat utk teruskan hidup.



Manusia kan berbeza, adakalanya memang kita rasa tak selesa dengan komennya tapi harus diingatkan, kita manusia biasa, kalau kita pun bersungut 1 hari nanti pastinya aka nada orang lain yang menyampah dengan diri kita kan.. hikhik. Cik sya dlu pun mcm 2.. tapi skang mengawal diri sendiri, supaya tidak menrungut dan tidak bersungut. Tak kisah la apa pun yang berlaku tapi sekurang2nya tambahkan la perkara positif dalam diri kita..




Memang kita rasa kita tak kan bersungut jika berada di tempat orang lain. Tapi itu semasa dia, kalau semasa kita bermasalah nanti, pastinya kita juga bersungut juga kan.. apa yang boleh kita lakukan? Positifkan diri dan belajar utk terima pendapat dan perasaan orang lain. Dan jangan lupa latihkan diri utk elakkan diri dari bersungut. Lakukannya dengan seikhlassss hati anda J