Voting

Monday, November 1, 2010

KAUNSELING KERJAYA



~ Terdapat beberapa pandangan oleh pakar kerjaya terhadap pertumbuhnan dan perkembangan kerjaya yang akan dilalui oleh seseorang individ.

~ Menurut Super (Osipow, 1973) terdapt 3 unsur penting dalam pembentukan konsep kendiri yang memberi kesan kepada perkembangan kerjaya seseorang individu iaitu ;

Pembentukan konsep kendiri iaitu satu proses apabila seseorang itu melihat perbezaan dirinya dengan orang lain.

* Menterjemah konsep kendiri ke dalam istilah pekerjaan, mengenal pasti peranan orang-orang yang signifikan dan sedar akan kebolehan diri tentang sesuatu pekerjaan.

* Pelaksanaan konsep kendiri iaitu keperluan latihan professional bagi satu-satu kerjaya yang dipilih.

DEFINISI KERJAYA

* Kerjaya adalah satu rangkaian pekerjaan dan pengalaman yang dilakukan oleh seseorang itu dalam jangka masa tertentu bagi menjalankan tugas ( Rohany & Fatimah (1987).

* Satu proses menolong seorang memperkembangkan dan menerima satu gambaran lengkap tentang dirinya dan peranannya dalam dunia pekerjaan, dan seterusnya cuba berusaha menukarkan gambaran ini menjadi satu realiti ( Super (1981).

* Merupakan penglibatan yang berterusan dan perkembangan serta kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan/bidang (profesiona, kegiatan dan sebagainya).

* Aktiviti berterusan yang bertujuan untuk mencapai matlamat yang berkaitan dengan ekonomi seperti pendapatan tetap untuk keperluan seharian.

PERSEDIAAN KERJAYA

Persediaan kerjaya perlu dimulakan dari awal persekolahan lagi kerana kerjaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang. Antara aspek yang ditekan dalam persediaan kerjaya ialah ;

* Akademik

* Kemahiran

* Mental

* Emosi

* Sosial

* Dokumentasi