Voting

Monday, November 5, 2012

Kisah seorang guru






Kisah seorang guru



Permulaan cerita apabila seorg jurutera muda yang pandai lagi bijaksana meluahkan perasaan tidak puas hati kepada jawatan seorang “ guru” . kesian bila fikirkan semula keadaan dia yang dihentam akibat menulis tak berlapik.. adik, akak ajar cam ni.. tulis besar2 kat ruangan bawah tu, ni adalah kisah benar dan tidak ada kaitan dengan yang telah mati atau hidup semula, kisah ini hanyalah teladan dan menjadi pengajaran kepada semua.. ia adalah pengalaman saya. Sekian..

Hahaha, hambik nak.. lau cakap macam 2, xde la semua orang yang bergelar pendidik ni terasa kan.. cik sya juga membaca entry tersebut sebelum dipadamkan atas keselamatan jurutera muda tersebut.. agak kasihan apabila kena hentam dek bakal guru, guru, pendidik dan anak2 guru.. serta mereka yang merasakan bahawa guru ialah perkerjaan yang mulia..
Tapi ingin cik sya ingatkan.. tak semua rasa guru ialah perkerjaan mulia, guru ialah yang terbaik dan guru ialah segala2nya.. masing2 ada pandangan hidup masing2.. tertanya2 jugak, mesti ada sebab lain mengapa jurutera muda tersebut berkata demikian kan? Lalu terdapat beberapa perkara yang cik sya dapat di sekolah….


1)       1)    Pertama ( padahal dah taip 1, nak yang yang pertama.. haha)
:: guru bukak tusiyen kat luar tapi tak mengajar kat sekolah. Cik sya sendiri pernah alami, memang diakui oleh cik sya, masa sek rendah dlu ( sparuh kerajaan ), cik sya tak mampu ke kelas tuisyen, soalan exam biasanya dibuat oleh guru tusiyen. Maka? Siapa yang pergi tuisyen maka dapat la jawab soalan exam

p/s : mujur UPSR bukan guru tuisyen yang buat maka cik sya dapat ranking top 5 okay!! ( ranking biasa ialah 20/30 ke atas, biasanya 21, 22, 23, 24 dan lain2.. ) ! Bukan nak riak tapi spai mati pun cik sya akan ingat kata2 seorg guru ni “ yg kelima ni mujur jea cemerlang, xde dalam senarai pun, semua ckgu tkejut” heh! Mujur bukan bapak aku yg bina sekolah 2, lau x, memang kasi roboh jea kuartes umah ckgu ni… bhahaha…


2     2 )      Anak ckgu jd pengawas, jawatan tinggi semua bagi “anak” cikgu..
:: harus diakui, selalunya memang anak cikgu yang jadik pengawas tapi……… cik sya bukan anak cikgu, jadik gak pengawas, bukan anak cikgu, jugak terpilih untuk ke sana sini spai la peringkat tinggi2 gak.. hahaha, cian plak anak cikgu, diorang tak salah, bukan mereka pinta tuk jadik pengawas tapi ada yang melihat kebolehan mereka.. J


3    3)      Anak cikgu dapat SBPT tapi anak pegawai rendah yang gaji 2000 xde plak? Kena beli…
:: hem, yang ni cik sya kena la masa tingkat 1 sampai 3 dlu, tapi tingkatan 4 n 5 rasanya wat rayuan kot, lupa dah.. hahaha.. nak seribu daya, kalau nak SBT, sila buat rayuan, pasti diterima punya la, cik sya dlu copy paste jea yang kawan2 punya.. korang sesuka aty jea kata anak ckgu dapat padahal mak dia dah buat surat rayuan kat guru SBPT tanpa korg tau kan kan kan??



Sekian buat waktu ini, kita berjumpa pada entry akan datang dengan tajuk lain plak J
Mana tau kot2 tajuk anak jurutera, anak doctor, anak chef, anak tekak, anak cik sya.. eh? Hahaha…






Tuesday, October 23, 2012

kanser





Seperti yang dijanjikan pada entry yang lepas, cik akan bercerita tentang penyakit mama cik sya… kesakitan yang ditanggung mama slama 8 tahun akibat kanser payudara dan merebak ke sel – sel.. permulaanya pada 20.12.2006 apabila mama mula operate dan sehingga kini mama masih lagi menerima rawatan lanjut.. kimoterapi telah dibuat sebanyak 2 kali dan pemakanan ubat secara berterusan.. doa kami sekeluarga adalah mama sentiasa sihat.. yea, ramai yang tidak sangka, dengan keadaan mama yang aktif, bole berada pada tahap keempat.. tetapi ketabahan n kedegilan mama menjadi sumber inspirasi kami untuk meneruskan hidup.. mama sentiasa tabah namun kadangkala mama degil.. huhuhu.. kedegilan mama ialah kerisauan kami, yea, risau seorang anak… kalau orang lain risau anaknya degil, kami pula risau akan mama yang degil…  gagahnya mama ialah mampu berusaha untuk membersihkan kawasan tanah 3 ekar untuk tanaman getah, masih mencangkul dan membuat segala2nya.. kami risau tapi apakan daya, nak melawan tidak mampu, hanya mampu membebel sahaja.. hehehehe… selama mama sakit, mama tidak mahu orang lain yang jagakan tau.. yea! Cik sya adalah orang yang paling mama cari ketika sakit.. pernah masa di hospital dulu, walaupun manja dengan adik, mama tetap mahukan cik sya temankan dia.. kalau mengurut, teman ke rawatan kimoterapi dan rawatan susulan, memang cik sya yang akan dicari.. risau juga kalau cik sya dapat kerja berjauhan dengan mama, pasti mama keseorangan nanti… kasihan mama… namun, jika ada rezeki, cik sya gendong jea mama cik sya.. bawak jea pi mana2.. tapi tau jela org yg brusia ni.. tak tahan tinggal bjauhan ngan kampung tchenta.. hohoho..


p/s : doakan mama cepat sembuh yea u alls  J






Saturday, October 6, 2012

berakhir sudah





sudah cukup sudah

Macam tajuk lagu rite? Lagu sofazr ke apa ntah, lupa plak..
tapi bukan topic tajuk lagu yg cik sya nak kongsikan kat sini tapi tentang berakhirnya rawatan kimoterapi mama cik sya..
Sudah lebih 8 bulan cik sya ulang-alik ke HKL- Kuantan – HTAA…
dalam tempoh 8 bulan ni macam2 blaku.. huhu, mama cik sya menghidapi kanser payudara yang merebak ke sel – sel dalam tempoh 6 tahun..
 ( p/s : cik sya akan update details penyakit ni akan pada entry akan datang yea.. )
 maka, kami bersetuju untuk antar mak ke HKL untuk rawatan kimoterapi memandangkan hospital yang ada ini tidak banyak dapat membantu.
 Bukan bermaksud cik sya nak kutuk hospital yang ada tapi ada beberapa perkara yang cik sya tak suka tentang kerenah birokrasi dan staff hospital yang tidak langsung menyenangkan..
(p/s : yg ni pun cik sya akan poskan entry lain kalau ingat la… hahahaha )
 so dah berakhir la rawatan kimoterapi mama cik sya…
 now hanya tinggal follow up dan juga pemakanan ubat secara teratur…
 doakan mama cik sya cepat sembuh yea!!

Tata, selamat beramal J



Friday, September 28, 2012

status ismp






Malam ini status ISMP ada berbau kecewa, sedih, bengang, dan tak kurang ada yang berfikiran positif.. ^^, dan saya? yea, ada sedikit kekecewaan yang diselubungi tetapi yang lebihnya bengang.. ceritanya dulu adalah muka surat depan lagi, khabar berita harian tapi kenapa la tak disentuh 1 perkataan pun? buat orang yang berharapan ni terus down!! keciwa... keciwa.... aduis.. kenapa la semua perkara terjadi macam ni? Dan cik sya terus stress… Yea, jujurnya ini kali pertama cik sya mendengar bajet 2013 sehingga tertidur… sebelum ni memang tak pernah dengar bajet.. dalam hati dah berbunga2 harapan supaya bulan 12 diadakan interview dan bulan 1 akan ada pengambilan guru.. memang cik sya berharap sangat untuk dapatkan perkerjaan ini.. dengan harapan cik sya tak perlu susahkan family cik sya lagi.. malang seribu kali bengang, tidak disentuh langsung isu tentang pengganguran guru guru berijazah pendidikan… cik sya tak tau la apa masalahnya, nak kata xde duit, berbillion2 duit dberikan dalam bajet… apakah kami graduan pendidikan tidak penting untuk kepentingan negara? Atau kami mengambil bidang pendidikan yang salah? Atau memang tidak ada lagi pengambilan guru ? Atau pun pengurusan dari kementerian berkaitan memandang perkara ini sebagai remeh temeh? Atau? Atau? Atau? Atau?  Kecian kata tau, classmate cik sya, mesti dia ngah tersedak2 skang ni asyik sebut nama dia jea.. kikikiki… apa apa pun cik sya berdoa sangat2 supaya diberikan jalan yang mudah untuk meneruskan hidup tanpa gaji n perkerjaan skang.. hukhukhuk..

p/s : doakan cik sya dapat kerja yea.. skang ngah pk2 untuk cari keja.. da sesapa nak bg peluang perkerjaan? Silakan… ;)








Tuesday, September 25, 2012

7 bulan yang belum berakhir






….. 7 bulan yang belum berakhir …

Yea, dah 7 bulan usia kandungan cik sya skang, eh? Silap, dah 7 bulan cik sya bergelar penganggur, selama itu jugalah cik sya mengandungkan lemak2 dan kalori dalam badan sehingga tak terkira jumlahnya…
hukhukhuk T_T
 sedih memikirkan semula zaman silam kanak2 rebina cik sya yg slim vogue 2.. cishhh!! Slim sangat konon… tetap cam anak gajah gak.. huh!
Selama 7 bulan ni, duk kat umah buang tebiaat, selepas masuk F.1, (bukan formula 1 tau tapi form 1) cik sya jarang melekat kat umah sebab tuntutan hostel..
kehkehkeh, sebab tu la bila stay kat umah 7 bulan ni macam 7 hari jea.. xrasa sangat pun.. tapi bila mengenangkan lemak kat pipi ni..
hurmmmm
 bila la nak pegang duit sndiri ni, nak pi slim world, nak pi mayfair, nak pi newyork skin, nak tanya camne nak kurus tanpa perlukan wang.. kehkehkeh…
Suke bebenor kamu mengarut yea cik sya… ishk3… 




Monday, September 24, 2012

bertukar!!!!


Tetiba arini bila tgk blog org lain yg dh update..
 gatal plak nak update blog sendiri..
( ko memang xleh Nampak org senang cket kan hati… huh! )
 tapi bla nak online blog jea.. password dh lupa, punya banyak kali tekan tapi xmjadi…
betul kata seorg bekas anak murid cik sya masa praktikal..
org yg lanjut usia memang muda pelupa…
cish, budak2 mana ko tau.. bhahahahaha…
serius, skang bru umur 24 bukannya 42 pun dh kerap kali lupa..
 haiaya amoi.. apa mao jadi?
 Ishk3…

Monday, March 5, 2012

kenangan sepanjang zaman






Kenangan sepanjang zaman

1) Pertama kali waktu semester pertama, cik sya dihalau keluar oleh pensyarah

Owh! Masa tu dunia rasa gelap gila.. hahaha.. memang rasa cam nak cium2 jea lect kesayangan cik sya yang time 2 bujang lagi.. hahaha…. Memang frust giler la tapi xleh watpa dah.. kecuaian cik sya sebab tak buat teks ^_^ padan muka cik sya!!

2) Pernah tak u all jalan kaki dari sebuah negeri melintas sebuah negeri lain? Cik sya pernah!! ( berbangga saat itu >.< )

Time tu latihan kawad bomba ngan kawan cik sya, cik kiah.. disebabkan kesengalan cik sya bangun lambat dan kebetulan pulak bas nak ke kampus xde maka kami berdua ambik keputusan tuk excersice.. jalan kaki… hahaha.. patut pun cik sya kurus sangat2 masa tu.. okay, masa tu jea.. skang dah naik berpuluh2 kilo.. L arggghhhh~~~ tension memikirkan berat yang semakin berat dan tak turun2 ni… =.= Kecewa! Kecewa!

3) Berjalan kaki sepanjang negeri Melaka akibat kereta rosak n balik kul 4 pagi ke tanjung malim

Ni kisah lawak tak abis bila kenangkan kembali.. tapi memang bersyukur sangat2 sebab ada kawan cam mereka, aini, atun dan min.. mereka2 ni la yg banyak wat lawak sepanjang 2 hari 1 malam kat sana.. kereta rosak? Kami jalan kaki beb.. pengalaman berharga.. ko ada? Hohoho… ^.^ sebab kat sana, rasa cam relax jea.. tak perlu fikir macam2.. Cuma siapkan kerja kemudian jejalan jea sepanjang jalan Melaka… berpeluh2 tak usah cakap.. bermandi peluh… Melaka bandarnya panas.. tapi makananya sumpah! Sedap giler2.. dah 4x bkunjung ke sana… cendol, ais kacang, nasi bebola, dim sum, event air botol kat sana pun special… ^_^ ( bak kata akak cik sya : “ bab makan? Sila serahkan pada yg mahir.. sambil tangan tunjuk cik sya comel =.= ”)

4) KFC? Hanya makanan waktu tengah malam jea..

Terjadi last semester!! Memang tahap gaban kegemukan cik sya.. bermula dengan kerja yg bertimbun2 dan diakhiri dengan final year projek yg asyik direject maka sentiasa terjaga2 sampai tengah malam.. cik sya “ terpaksa ” makan KFC untuk lepas tension, lepaskan diri dari perut yg lapar dan bagai2 lagi… mentang2 la KFC tanjung malim bukak 24 hours.. hahaha…

5) Menangis akibat assignment “ seni rupa” tragis bila imbas kembali =.=

Sem 4!! Pasti! Yakin! Boleh! Ni time mula2 nak add.. add ngan may dan purni… semangat giler time ni.. konon2nya utk menjadikan kami ni ahli makeup professional.. memang berjaya.. hahaha.. berjaya makeup muka papan lukis… =.= waktu orientasi dlu agaknya aku ni tidur kot.. hahaha.. huh! Dari kecik boleh lukis badan org lidi jea.. cik sya pandai bedah katak jea.. erkk~~ katak!!





p/s : sungguh taktipu =.= sya amat merindui zaman persekolaha sya.. juga zaman ketika sya di universiti… owh! Welcome back to school cik sya!!!



Thursday, February 9, 2012

kerja owh kerja !!

Kerja owh kerja !!!!!!




Wink… wink … wink … taaadaaaa  bertemu kembali setelah lama tidak menaip.. walaupun cik sya ni seorang petani yang giat menanam anggur namun cik sya juga seorang pemandu peribadi kepada orang2 kampung yang memerlukan perkhidmatan cik sya ini.. >.< takberbayar okay! Just isi minyak jea.. buat amal.. hahahaha ( bunyi cam sangat baik jea padahal cik sya disuruh oleh bonda n ayanda…) memang ramai yang menegur,


eh? Bila lagi nak kerja?
Bila mula posting? Bla.. bla.. bla.. ????


erkk.. bak kata cinta muka buku pun, banyak persoalan yang bermain di minda, banyak tanda tanya dan juga kata kerja.. lalalalalalala…. Haiya, soalan maut mcm 2, macam mana la cik sya nak jawab erk?


Ada gak yang tanya, taknak kerja ke?



Eh? Duk umah bukan ke kerja?
Cik ni cam sibuk nak bayar gaji jea.. jumpa asyik tanya kerja, kerja, kerja.. sampai kawan kata


“ xpe kak, dia bukan guna beras akak pun nak makan, so takyah risau2 la… hahaha”


oh! Ko la kawan aku dunia n akhirat.. kehkehkeh.. time ni la nak kenakan orang.. best banyak2.. chaiya la kawan! Susah gak kalau tak kerja ni kan? Ramai yang mula sosek.. sosek..


ala, relaks la bro, tunggu la setahun dua nanti wa cari kerja, slip gaji first wa tunjuk kat kau erk.. hahahaha (tension tahap gaban asyik suh aku carik kerja jea… kalau bagi gaji 4 angka xpa gak. Aishh!! )



p/s : bukan taknak carik kerja la, Cuma kerja tak kejar kita.. rezeki belum ada, nanti lau dah ada, kita bagitau satu Malaysia yea.. eh? Takla , satu DUNIA… hahahaha… kekadang tergelak bila fikir rakyat Malaysia yang sangat prihatin ni.. >.< LOL

Wednesday, February 1, 2012

awan nano

deman AJL? owh.. pastinya cik sya pun terpacak depan TiVi sambil goyang kaki menonton AJL yang telahpun berlangsung ahad yang lalu ( walaupun penganggur tapi lewat gak update blog sndiri... hahaha )
cik sya memang target awan nano ( yea tak tipu.. memang rasa awan itu yang nano nano cam gula2 masam manis =.= ) . seronok dengar hafiz si rambut kerinting tu menyanyi walaupun cik sya takpernah suka pun kat dia.. tapi lagu2 dia memang top2 la...
meh nyanyi sesama ngan cik sya.. hahaha


Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu


Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu











p/s : feeling habis.. tengok video clips dia pun sebak rasa di hati ini... kehkehkeh.... :-(

Wednesday, January 25, 2012

selamat bercuti

Selamabercuti ♥




Ngeee~~ pasti ada yang ngah jelous bila cik sya tulis macam tu kan? Almaklum jela.. meningkat dewasa maka cuti pun semakin meningkat la kan.. eh? Silap. Cik sya dah abis blaja la.. maknanya cik sya tak perlu blaja lagi la kan3?? Yea, tak perlu bukak buku lagi.. ( untuk sedapkan hati jea.. =.=) padahal nanti sure kena bukak buku lagi time interview, time nak buat keja dan berbagai2 tanggungjawab lain.. manusia tak kan lari dari ilmu, smakin jauh kita dengan ilmu semakin ke belakang la jawapannya.. ( takzirah free petang2 ni.. =.=)



Cik sya dah bcuti ( ulang tayang kali ketiga.. hahaha) maknanya pcutian kali ni yang paling hebat la..  bercuti tuk selama2nya ( yeke? ) biasa la, ayat kena bagi Nampak gah skit kan3.. maka dalam hati anda semua pasti bertanya.. apa yang cik sya buat slama- lamanya ni masa cuti ? erkk!~ keja? Pasti! Tidak sama sekali… =.= so? Buat apakah? Buat bodo jerr…. =.=



Yea.. cik sya tak kerja.. duk umah goyang kaki jea.. ( ok, sila buat2 muka jelous tahap gaban skang =.=) hahahaha.. dengan riaknya mao bagitau yang cik sya skang ada kat kampung halaman terchenta sambil mam buah limau mandarin pemberiaan uncle jiran sebelah umah nenek kat kuantan… ada la 2 3 jiran datang umah semalam, semalam dan semalam punya semalam.. btanya anak dara yang seorang ini disunting atau masih belum bpunya.. (okay, sumpah tak betul =.=). Diorg just taya pasni nak keja katne? Buat apa? Ngan sapa? Erkk~~ sangat mgambil berat orang2 di sini.. >.<

Lalu menjawab la segala persoalan2 mereka yang jelasnya risaukan keadaan comelmontel cik sya yang tak kerja ni.. alahai, cik sya okay jea duk umah, Cuma bosan ckiit jea pun.. abah tak bagi cik sya kerja buat sementara waktu ni.. Cuma duk umah jaga ma jea..  katanya untuk 3 bulan ni baik berehat dlu… tenang kan fikiran.. jadi driver.. duit topup n minyak abah kasi.. hohoho ^.~ wajib tu..






p/s : nak diet tapi musim perayaan ini membuatkan cik sya rasa gemuk itu comel =.=

Tuesday, January 17, 2012

luahan hati =;=

nak jea cakap kat DIA ..
please.. jangan ngangu sya lagi.. =.=
antara kita dah tamat...
memang tamat sejak 6 tahun yang lepas..
jangan la buat saya tersepit..
untuk jadi kawan awak pun sya tak rela..
apatah lagi untuk jadi yang istimewa..
tolong la..
jangan sebarkan fitnah n khabar angin lagi..
bila awak chat sya balas, satu kampung awak sebarkan kata saya balas cinta awak...
bila sya xbalas chat awak..
awak sebarkan kat kawan2 saya " budak tu bajet bagus sangat, macam la cantik sangat "
saya sendiri keliru, jalan mana yang harus saya pilih..
cukup la kalau awak rasa saya istimewa... tak perlu lai cakap kat sapa2.. sya tak nak tau apa2 lagi..
please...
kalau ada alat untuk hilangkan ingatkan..
awak la orang pertama yang patut test benda tu.. =.= ( tak baek tapi takpe !!)










p/s : mood : masih marah + geram ngan orang yang tak faham bahasa melayu ni.. huh!!!
Melalui fasa baru dalam kehidupan





Setiap apa yang berlaku, pastinya ada sesuatu yang membuatkan kita tertarik kan? Yea, apa yang berlaku kadang kala membuatkan kita rasa susah hati, ada ketka, gembra tapi tak semua macam tu.. oleh sebab itu la, saya sering kali memberitahu mereka2 yang saya sayangi.. kehidupan andai kalau tiada masalah tidak seronok 


Awat la ayat aku ni skema jea ni ? mood tesis okay, mention pada menurut kata, manakala pendapat tokoh ini pula.. dan akhirnya bla bla bla.. hahahaha
Skang ni persoalannya, mcm mana cik sya uruskan stress cik sya? Yeah , sangat jelas kelihatan apabila cik sya tak bercakap untuk beberapa minit ( cik sya banyak bercakap, harap maklum) . oleh sebab itu maka cik sya akan berdiam diri dan bertapa di dalam bilik selama beberapa jam. Paling lama sehari  hohohoh… masa tu macam2 fikir, ada yang ketika sedih, fikir tentang perkara tu jea.. =.= kesedihan makin memuncak bila ramai yang caring, bertanya cik sya…



Kemudian cara kedua ialah makan.. hohohoho.. makan la banyak mana pun janji boleh hilangkan stress.. ala, berpandukan muka bulat dan badan gemuk ini semua org bole agak macam mana cik sya boleh membesar sebagai juara. Yeah, salah satu perkara yang bole buat korang hilang stress.. ialah apabila mam aiskrim banyak2.. besar2 dan sedap.. nyummmy… perisa vanilla n keladi.. pergghhh~~ hingga menjilat jari.. >.<



Akhir sekali pastinya apabila cik sya merasakan bahawa diri ini bertakungan air mata  hukhukhuk. Sangat sedih.. bila menangis, perkara yang sering cik sya ingat ialah ayat abg cik sya yang sulung tu…
“ menangis la banyak2, tadah air mata tuk adiko masak Maggie ” =.= jahat! Selalu buli adik kesayangan dia yang comelmontel ni….


Bila menangis, pastu tido perkara paling nikmat sekali dalam dunia ni rasanya. Mungkin orang lain tak la rasa sangat tapi bagi cik sya perkara yang palin g best ialah makan, menangis dan tido.. =.= stress mengajar erti kesabaran. Setiap apa yang berlaku pasti ada sesuatu di sebaliknya. Apa yang perlu kita buat : hadapi dengan tabah dan cekal untuk atasi masalah tersebut . moga masalah itu bukan sahaja jadi pengajaran buat kita tapi juga pengalaman indah buat kita semua.. ;-)






p/s : setiap orang ada cara yg bbeza2 kan?? Kita ikut la cara kita.. jangan kita terseksa dengan cara orang lain plak.. 

Thursday, January 5, 2012

sekolah bermula

Dah bmula sekolah ni..  banyak pula gelagat2 pelajar yang bole kita tengok.. macam2 ada..  kadang2 rasa lawak jea plak sebab diorang semua ni macam tak ingat dunia jea.. mengimbas kenangan zaman persekolahan, Ingat x benda nie?? :)

1-Kat skola ade salesman jual buku cerita. Hari ni bg list, esok mintak duit kt parents nk beli walaupun cerita buku tu dah tau.

2- Salesman jual air vitagen/susu pon camtu gak.Mesti nak beli walaupun dah tahu mak ayah pun boleh beli jugak kat kedai...

3-Kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gambar je. Tapi bile ade program Nilam, sibuk semua nak pinjam buku.Semata-mata nak penuhkan buku Nilam tu.

4- RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....

5-Pakai pensel box yg boleh bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2..

6-Main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. Padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

7- Pakai pembaris yg bergerigi,,yang kat dlm tu ade air.Pastu ade bende berkilat dlm air tu...

8- Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ade pemegang kat tgh2 tp x pernah nmpk cikgu pegang pn kat situ.

9-Bulu ayam jd ramping sebab sering dijadikan rotan.

10-Datang sekolah awal2 pagi,,pastu pinjam buku kawan sbb takot kene cikgu denda kalau x siap kerje sekolah.Mase tu mula lah tulisan macam cakar ayam!

11-Selalu je kene berdiri kat atas kerusi,x pun kat luar kelas sebab x buat homework.

12- Time pendidikan seni, lukis semua boleh...Cantik plak tu. Tapi bile time warna semua hampeh. Ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...

13- Main game 2D. Super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.

14-Beli buku peraduan lekat2 digimon laa... Habis satu buku siap lekat ngn sticker,,tp x mnng2 gk.

15- Cakap x takut BCG tp lepas inject poyo la pulak... Ade yg nangis2 plak tu..

16-Balik skola beli JoJo,,tak pun beli Dendang. Tora pon best gak. Beli semata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.

17- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV boleh tembak alien tu..Tapi bile dah masuk darjah 5,6,,da upgrade ke ksut brtali / kasut yg ade gtah kt dpn tu.

18- Siri kartun Dragon balls, Power Rangers, Ultraman, Ninja turtles, Thundercats, Maskman,Gaban,Doraemon,Powerpuff Girls, dan mcm2 lg. Jangan lupe semua ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni..Asyik ngadap TV n PS je..






Kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu..Ni la baru zaman kita kawan2.. zaman kita dah lama blalu.. zaman skang duk mhadap lappy jea 24 jam, tak pun hang out ngan kekawan sampai 2 3 pagi.. zaman dah berubah.. tapi jangan lupa, kita yang hidup ni tak perlu la berubah  biar la zaman yang berubah.. jati diri harus dipegang..

Tuesday, January 3, 2012

malas ke sekolah :-)

MALAS KE SEKOLAH




Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur.
Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.



... Ibu : Salim...Salim...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah!


Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik... Salim berikan emak dua sebab mengapa
Salim tidak mahu ke sekolah.


Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim!


Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!


Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.





Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia
lima puluh tahun. Kedua Salim PENGETUA SEKOLAH!!!