Voting

Tuesday, March 3, 2015

straight A??






“jangan kecewa sangat kalau result spm tak dapat straight a sebab nanti dah besar nak buat loan bank tak nak tengok pun sijil spm tu”


Jangan sedih bila result teruk? Bagi cik sya yang memang manusia biasa.. tak puas hati dengan apa yang diperkatakan.. okies, mungkin bukan straight “a” tapi sekurang – kurangnya sila berusaha sehingga dapat yea..

Cik sya tak pasti apa sebabnya tapi memang tak puas hati bila ada pelajar yang langsung tidak mengambil perhatian langsung. Langsung tak ambil berat terhadap spm.

Memang tak perlu pun untuk dapatkan straight a namun perlu sedar bahawa spm merupakan jambatan yang menghubungkan kehidupan seterusnya. Dengan spm, pelbagai bidang akan ditentukan dengan keputusan tersebut.

Serius, kadang2 rasa tekanan perasaan sangat2 bila student tak dengar apa kepentingan spm. Cakap la berbuih2 mulut, paling comel datang jumpa cikgu.. “aku gagal sejarah cikgu, apa la boleh aku mohon?”

Jawapan ringkas dan padat dari cik sya.. mohon maaf dengan cikgu sejarah kamu, minta dia doakan agar kamu boleh lulus ulangan nanti

Cik sya sangat malas nak buat huraian. Cukup la secara umumnya student ni pernah sakitkan hati guru sejarahnya. Kekadang banyak perkara yang kita tak sedar, ada yang tersakit hati dengan tutur kata kita tanpa disedari.

Jaga lah tutur kata dan sikap kamu apabila berhadapan dengan sesiapa pun yang lebih tua. ^^,


No comments:

Post a Comment