Voting

Wednesday, August 21, 2013

... sesunggut ..





Sejak bergelak pendidik ni, cik sya rasa sedikit lapang walaupun dalam hati pening kepala memikirkan bebanan hutang yang bertambah.. sapa yang cakap keja cikgu senang tu meh la sini jumpa cik sya.. cik sya offer wat sesi kaunseling jea.. xyah wat program2 lagi sebab cik sya bru handle bab sesi kaunseling sahaja... tapi syukur la, pertama kali cik sya dipostingkan, tiada apa pun istimewa tapi sekurangnya2 cik sya bersyukur dengan apa yang ada sekarang.. mudah mudahan ini adalah permulaan dan pengakhiran yang baik tuk cik sya tempuhi..


Baru2 ni, cik sya terjumpa suatu komen dari rakan cik sya yang bertulis :



Betapa btuahnye mereka2 semua tetapi kenapa mreka selalu bersungut..huhu..tidak bersyukurkah mereka..??? Huh..kalau dari ini dtempat mereka2..diri ini akan diam je..kerana di beri kesempatan n kesempurnaan demikian rupa..



Mungkin kerana tidak berpuas hati dengan rakan2 lain yang merungut sentiasa dengan pekerjaan dan kehidupan maka timbul la komen2 begini.. dulu cik sya pun slalu rasa macam 2.. tak baiknya merungut.. orang lain pun akan lalui perkara yang sama.. tapi lama kelamaan, cik sya belajar tentang sesuatu.. manusia dilahirkan berbeza.. mungkin dengan luahan perasaan tersebut, dia akan mendapat lebih banyak sokongan dan semangat utk teruskan hidup.



Manusia kan berbeza, adakalanya memang kita rasa tak selesa dengan komennya tapi harus diingatkan, kita manusia biasa, kalau kita pun bersungut 1 hari nanti pastinya aka nada orang lain yang menyampah dengan diri kita kan.. hikhik. Cik sya dlu pun mcm 2.. tapi skang mengawal diri sendiri, supaya tidak menrungut dan tidak bersungut. Tak kisah la apa pun yang berlaku tapi sekurang2nya tambahkan la perkara positif dalam diri kita..




Memang kita rasa kita tak kan bersungut jika berada di tempat orang lain. Tapi itu semasa dia, kalau semasa kita bermasalah nanti, pastinya kita juga bersungut juga kan.. apa yang boleh kita lakukan? Positifkan diri dan belajar utk terima pendapat dan perasaan orang lain. Dan jangan lupa latihkan diri utk elakkan diri dari bersungut. Lakukannya dengan seikhlassss hati anda J










No comments:

Post a Comment